Friday, February 27, 2009

Apa jadi bila tiada PEMASARAN?

Tiada barangan dalam dunia ini, akan berjaya tanpa adanya aktiviti yang berkaitan dengan PEMASARAN yang cukup (sufficient). Samada ianya berbentuk bualbicara (Word of mouth communication) atau kempen pemasaran yang besar-besaran, pengiklanan, tektik promosi atau jenama yang mantap- barangan atau perkhidmatan tidak akan terjual dengan baik dan laku jika sekiranya tiada sebarang aktiviti PEMASARAN dilaksanakan.

Tiada siapa yang akan mengetahui adanya barangan pengeluar yang baik, elok, dan sesuai wujud dalam pasaran atau tahu akan ujudnya barangan tersebut tetapi tidak mengetahui dimana ianya boleh diperolehi lantas mana mungkin berlakunya proses seterusnya penjualan.

Tiada perniagaan boleh berjaya hanya dengan membuka kedai dan mengharap pelanggan secara magik datang berduyun-duyun . Peniaga mesti “Reach out and Grab”. Jika tidak tentu peniaga lain akan menggapai dan merentap mereka terlebih dahulu.

Ada yang memikirkan bahawa PEMASARAN ialah “Apa yang boleh peniaga buat atau lakukan” untuk mempertingkatkan jualan. Antara bentuk-bentuk alat pemasaran / jenis pengiklanan ialah:

• Suratkhabar / Yellow pages
• TV / Radio – komersial
• Lama sesawang / Blog.
• Publisiti / Sidang Akhbar.
• Banner / Flyer
• Direct mail.

Sebaliknya PEMASARAN perlu dilihat juga melalui persoalan “ Apa saja yang mengurangkan jualan atau menyusutkan penggunaan barangan dan perkhidmatan kita”

Ini termasuk:

1. Tempat kita berniaga
2. Sikap Pekerja / kakitangan
3. Nama syarikat / jenama barangan
4. Harga barangan dan perkhidmatan
5. Polisi dan Personaliti…..

Senarai ini akan lebih panjang jika kita terus cuba mencari jawapan “ Apa saja yang mengurangkan jualan atau penggunaan barangan dan perkhidmatan kita”
Teruslah mencari jawapan – anda akan terus memberi lebih nilai dan makna kepada PEMASARAN