Sunday, March 22, 2009

HARTA: ALAT BUKAN MATLAMAT; MUDAHNYA UNTUK BERIBADAT


Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:
`tidakku jadikan jin dan manusia melainkan untuk (Beribadat)menyembah aku'
(az-zariat, ayat 56)

Antara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung. Dengan keuntungan mereka boleh beribadat.

Konsep ibadat tidaklah sempit semata-mata solat, zakat,puasa, haji dan amalan jiwa yang tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Kekeliruan timbul bilamana manusia merasakan beribadat adalah bagi Allah. Sebenarnya beribadat itu adalah untuk manusia yang beribadat itu sendiri. Kehebatan Allah tidak (ber)tambah / kurang dengan ibadat kita 

Ruang lingkup ibadat itu terlalu luas dan prisip dan pendekatannya amat mudah dan ringkas. Cara fikir sebegini masih kurang di sebar luaskan – Segala kegiatan hidup harian manusia menjadi IBADAH , asalkan diniatkan untuk ALLAH. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh
Rasulullah yang bermaksud:
`sesungguhnya amal itu bermula dengan niat'
Semoga hidup yang singkat ini menjadi IBADAH yang berpanjangan.