Showing posts with label marketing. Show all posts
Showing posts with label marketing. Show all posts

Wednesday, March 4, 2009

Glosori- PEMASARAN: (1)

Glosori- PEMASARAN: (1)

Pembangunan Strategi: Segala aktiviti yang dilakukan untuk membantu proses penentuan objektif, matlamat dan sumber-sumber serta aktiviti yang diperlukan demi memenuhi objektif-objektif organisasi (Analisis Pasaran atau Market Analysis);

Pembangunan Perkhidmatan: Aktiviti pemasaran perkhidmatan yang menjamin bahawa barangan / perkhidmatan dibangunkan dan diperbaikki selaras dengan kehendak pelanggan yang pelbagai dan berubah-ubah (Pembangunan Produk atau Product Development); (Pembangunan Perkhidmatan atau Service Development)

Penyelidikan Pelanggan: Kajian untuk mengenalpasti kesedaran pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberi termasuk sikap, penggunaan dan tahap kepuasan dengan perkhidmatan masakini dan keperluan pada masa hadapan (Penyelidikan Pasaran atau Market Research);

• Kempen-kempen Penggalakan: Segala aktiviti Pemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam , meransang pembelian dan memperingatkan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan melalui berbagai teknik penggalakkan (Iklan atau Advertising :Promosi atau Promotion)

Saturday, February 28, 2009

Pemasaran satu keperluan sosial

Asal usul pemasaran boleh dikesan melalui revolusi Industri sekitar tahun 1750an , bila manusia menemui proses pengeluaran secara massa- Consumer Marketing.

Perkembangan sejarah manusia memberi impak terhadap teori dan amalan pemasaran. Antaranya isu persekitaran yang melahirkan Pemasaran hijau, revolusi maklumat melahirkan pemasaran digital atau maya.

Philip Kotler (2000) mentakrifkan pemasaran sebagai satu proses sosial dan pengurusan oleh individu atau kumpulan untuk memperolehi sesuatu melalui pertukaran antara satu dengan yang lain.

Manakala Persatuan Pemasaran Amerika pula mentakrifkan seperti berikut :

” Pemasaran ialah satu proses, aktiviti dan kemahiran sosial oleh individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat melaui rekaan, ciptaan, pembentukan dan pertukaran barangan , perkhidmatan, idea atau sesuatu yang bernilai dalam sebuah masyarakat.

Pemasaran adalah satu cabang daripada bidang sains sosial atau sains kemasyarakatan , bermakna pemasaran wujud di tengah-tengah masyarakat. Apabila ada sesuatu kelompok manusia yang hidup bermasyarakat , maka akan wujud aktiviti pemasaran. Manusia yang hidup bermasyakat saling bergantungan antara satu sama lain. Ianya banyak berkait dengan dunia perniagaan dan syarikat-syarikat besar. Kini, pemasaran digunapakai oleh institusi yang bukan berorientasi keuntungan seperti badan amal kelab , kelab sukan dan jabatan kerajaan.

Masih terdapat kekeliruan tentang pemasaran. Pemasaran bukan jualan . Jualan terjadi bila peniaga tanpa memikirkan apa yang di perukan oleh pengguna. Manakala konsep pemasaran pula di hasilkan bermula sebelum produk atau perkhidmatan di pasaran , syarikat akan berusaha mengenal pasti apa yang dikehendaki oleh pelanggannya. Usaha pemasaran bermula dengan pelanggan.

Dalam membincangan konsep dan keperluan adalan asas dalam pemasaran. Keperluan merupakan konsep yang paling asas dan merujuk kepada sesuatu yang mesti didapati oleh seseorang individu atau kumpulan manusia, sebagai contoh , makanan , tempat tinggal dan pakaian. Keperluan berlaku apabila seseorang berasa kekurangan secara fisiologi, barangan asas . Manakala kehendak merupakan keinginan manusia yang dicorakkan oleh budaya, persekitaran dan personaliti individu itu .Bila lapar inginkan makan sesuatu.


Pemasaran tidak berhenti setakat itu sahaja, Pemasaran bersifat dinamik dan selalu mengalami perubahan. Perubahan ini seharusnya berlaku untuk menyesuaikan dengan kemajuan zaman. Pada hari ini kemahiran pemasaran semakin diperlukan oleh setiap organisasi. Ini kerana pemasaran adalah satu proses , aktiviti dan kemahiran sosial . Ia juga satu cabang Sains Kemasyarakatan.

Pemasaran Hubungan

Kini , strategi kebanyaka syarikat telah beralih daripada pemasaran massa kepada pemasaran hubungan. Pada masa lalu , kebanyakan syarikat lebih memberi tumpuan mencari pelanggan baru untuk menjual barangan atau servis. Pemasaran hubungan sebagai ramuan pengerak kepada syarikat yang mendatar.

Konsep Pemasaran hubungan secara umumnya adalah strategi mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan memberikan servis dengan membina hubungan yang berpanjangan.

Hubungan pelanggan tidak sekadar hubungan rasional sahaja, tetapi susah jauh memasuki dalam emosi pelangan. Ianya bukan stakat” Market share” tetapi telah menjadi ” Mind and Heart share”

Kunci kepada usaha membina hubungan yang berkekalan ialah membentuk nilai dan kepuasan pelanggan. Kepuasan pelanggan akan menghasilkan kepercayaan dan hubungan jangka panjang yang berterusan . Maka terciptalah kesetiaan pelanggan.. Pelanggan yang berpuashati akan membuat pembelian yang berulang-ulang dan mereka akan memberitahu pengguna lain tentang pengalaman mereka menggunakan barangan dan servis . perkara pokok disini ialah memadankan jangkaan pelanggan ( Expectation ) dengan prestasi perkhidmatan .

Kepuasan pelanggan adalah perkara yang utama. Pertimbangan yang di buat oleh pelanggan adalah berdasarkan pada pengalaman-pengalaman masa lalu atau sebelumnya dan kualiti keseluruhannya dibandingkan dengan perkhidmatan yang sebenarnya. Bila pengalaman sebelumnya melampaui harapan maka kepuasan berkemungkinan akan tinggi. Manakala pengalaman yang mengecewakan mengurangkan hubungan perniagaan.

Globalisasi memberi pengaruh cukup besar bagi pemasaran masa kini. Walau bagaimanapun ianya tidak lari dari tiga komponen utama iaitu pelanggan , pesaing dan perusahaan.

Strategi mengekalkan pelanggan semasa dan membina hubungan jangka masa yang panjang dan berterusan dan ini menguntungkan kedua –dua pihak.

Pelanggan membentuk jangkaan mengenai nilai terhadap tawaran yang dibuat dan terus membuat keputusan berdasarkan jangkaan ini. Pelanggan yng berpuashati banyak memberi faedah kepada syarikat. Mereka kurang sensitif kepada harga , bercakap positif tentang syarikat dan setia untuk jangka masa yang panjang kepada syarikat.

Banyak syarikat membentuk program kesetiaan dan mengekalkan pelanggan. Mereka memberi nilai dan kepuasan dengan menggunakan alat pemasaran untuk membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan.

WHAT IS PRODUCT?


WHAT IS PRODUCT?

Needs satisfying offering by an organization.

TYPES OF PRODUCT

  • Goods
    Services

GENERATING OF NEW PRODUCT

  • Economic change
  • Sociological and Demographic change
  • Technological change
  • Political and legal change

Friday, February 27, 2009

Apa jadi bila tiada PEMASARAN?

Tiada barangan dalam dunia ini, akan berjaya tanpa adanya aktiviti yang berkaitan dengan PEMASARAN yang cukup (sufficient). Samada ianya berbentuk bualbicara (Word of mouth communication) atau kempen pemasaran yang besar-besaran, pengiklanan, tektik promosi atau jenama yang mantap- barangan atau perkhidmatan tidak akan terjual dengan baik dan laku jika sekiranya tiada sebarang aktiviti PEMASARAN dilaksanakan.

Tiada siapa yang akan mengetahui adanya barangan pengeluar yang baik, elok, dan sesuai wujud dalam pasaran atau tahu akan ujudnya barangan tersebut tetapi tidak mengetahui dimana ianya boleh diperolehi lantas mana mungkin berlakunya proses seterusnya penjualan.

Tiada perniagaan boleh berjaya hanya dengan membuka kedai dan mengharap pelanggan secara magik datang berduyun-duyun . Peniaga mesti “Reach out and Grab”. Jika tidak tentu peniaga lain akan menggapai dan merentap mereka terlebih dahulu.

Ada yang memikirkan bahawa PEMASARAN ialah “Apa yang boleh peniaga buat atau lakukan” untuk mempertingkatkan jualan. Antara bentuk-bentuk alat pemasaran / jenis pengiklanan ialah:

• Suratkhabar / Yellow pages
• TV / Radio – komersial
• Lama sesawang / Blog.
• Publisiti / Sidang Akhbar.
• Banner / Flyer
• Direct mail.

Sebaliknya PEMASARAN perlu dilihat juga melalui persoalan “ Apa saja yang mengurangkan jualan atau menyusutkan penggunaan barangan dan perkhidmatan kita”

Ini termasuk:

1. Tempat kita berniaga
2. Sikap Pekerja / kakitangan
3. Nama syarikat / jenama barangan
4. Harga barangan dan perkhidmatan
5. Polisi dan Personaliti…..

Senarai ini akan lebih panjang jika kita terus cuba mencari jawapan “ Apa saja yang mengurangkan jualan atau penggunaan barangan dan perkhidmatan kita”
Teruslah mencari jawapan – anda akan terus memberi lebih nilai dan makna kepada PEMASARAN

Thursday, February 19, 2009

Menjual Impian Membeli Harapan….

Mengapa orang membeli barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan ? Pelbagai alasan boleh disebut dan diberikan. Cantik, teringin, suka, perlu ganti ,…. dan sebagainya. Walau apa jua alasan yang diberikan ianya mungkin mempunyai hubungan dengan pengaruh iklan barangan atau perkhidmatan itu.

Lihatlah disekeliling kita. Iklan ada dimana-mana saja dan bila-bila masa. Iklan menjadi sebahagian corak kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak , kita tidak dapat melepaskan diri dari kesan pengiklanan seolah-olah telah meresap dan menyusup amat dalam pada diri kita. Ianya mempengaruhi keputusan yang kita buat.

Syarikat membelanjakan peruntukan iklan yang besar dengan tujuan untuk dapat keuntungan yang besar . Akibat kesengitan saingan dan desakan keuntungan ada yang terjerumus dengan menggunakan tektik yang aggresif tidak beretika dan menyeleweng

Pengiklanan banyak menerima kritikan . Ada yang benar dan ada juga yang tidak. Ianya ibarat pisau yang tajam , boleh memotong dengan baik kerana ketajamannya juga mampu melukakan diri .

Ada falsafah lama dibelakang pengiklanan yang menyebut bahawa pada setiap diri manusia itu ada dua manusia yang berbeza , iatu satu ,siapa dia sebenarnya dan siapa dia ingin jadi.

Konsep “ Gelas separuh Penuh ” boleh dibuat contoh yang baik terhadap seseorang manusia itu. Jika kita lihat sebuah gelas yang diisi separuh dengan air. Apakah yang kita lihat dan renungi . Ada yang melihat ianya separuh penuh dan ada pula melihatnya sebagai gelas separuh kosong.. Yang melihat separuh penuh adalah yang berfikiran positif dan yang melihat separuh kosong adalah bersifat negatif. Konsep ini juga digunakan atau dimanipulasi oleh pengiklan untuk memberi pengisian kepada pengiklanan

Pengiklan menggunakan strategi-strategi Psaikologi ini untuk mempengaruhi bakal pembeli dan pengguna untuk membeli barangan keluaran atau perkhidmatan mereka. Satu apek penting yang perlu ada ialah Putting customer into buying state “. Ini adalah tugas besar pengiklan . Apa lagi yang belum ada dan dimiliki perlu diperbesarkan walaupun setengah-setengah itu telah ada pada seseorang itu.

Impian pembeli perlu di ransang hebat agar timbul keinginan untuk memilikinya lebih kuat. Pengguna pula berharapan besar apa yang diimpi-impikan berjaya memenuhi harapan dan ianya dapat merialisasikan impian yang ingin dipenuhi.

Kita mesti mengambil satu pandangan yang holistic , iklan dan pengiklanan diperlukan untuk pengembangan perniagaan . Tanpa ianya kita akan kembali kezaman kegelapan , mencapai maklumat akan berkurangan . Maklumat perlu untuk membuat keputusan . Jawapannya ialah lebih kawalan , “check and balance “. Apa yang lebih penting ialah kesedaran pembeli dan pengguna menjadi keutamaan …Penjual terus menjual impian dan pembeli terus menerus dengan urusan membeli impian…….